Aktiviti Kampung Sungai Bangat

Selamat datang ke laman aktiviti Kampung Sungai Bangat.

Tuesday, October 13, 2009

~ Projek E-Community Service Dari UMSKAL ~

Projek E-Community Service ini bertujuan membantu menggalakan perkembangan IT di kalangan penduduk kampung Labuan.

Kepentingan kegunaan IT diutamakan dalam projek ini, pelajar-pelajar dari UMSKAL dihantar ke kampung untuk memperkenalkan kepentingan dan kegunaan IT serta mengajar penduduk-penduduk kampung membinakan laman blog kampung sendiri.

 Melalui blog ini, penduduk kampung disarankan untuk melibatkan diri dalam blog bagi kampung yang didiami. Secara tidak langsungnya, projek ini telah menjadi saluran penyebaran maklumat dan mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk kampung.

Tujuan e-community service adalah seperti berikut :

  • mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu, bermuafakat dan harmoni di kampung
  • sebagai saluran informasi bagi menyampaikan maklumat dan pengetahuan penduduk kampung
  • mewujudkan masyarakat yang positif dan proaktif terhadap suasana kemasyarakatan di kampung
  • mewujudkan pendekatan untuk meningkatkan keupayaan persaingan dari segi pengetahuan dalam penggunaan komputer di kalangan kampung

 

No comments:

Post a Comment