Aktiviti Kampung Sungai Bangat

Selamat datang ke laman aktiviti Kampung Sungai Bangat.

Tuesday, October 13, 2009

~ Majlis Rumah Terbuka YB 2009 ~


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aildilfitri 2009 YB KOL.(K) Datuk HJ Yussof HJ Mahal pada 3hb Oktober 2009.

Suasana pada hari tersebut amat meriah dan gembira. Tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak, bangsa melayu atau bangsa cina dan india, semua turut menikmati keenakan makanan pada hari itu.

Selain daripada makanan yang lazat, terdapat juga persembahan-persembahan yang menarik bagi meriuhkan lagi suasana pada hari tersebut.

Sebaik sahaja majlis dimulakan, penduduk-penduduk Labuan masing-masing mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada datuk dan datin.


No comments:

Post a Comment