Aktiviti Kampung Sungai Bangat

Selamat datang ke laman aktiviti Kampung Sungai Bangat.

Sunday, October 18, 2009

Jamuan Kelas PKK dan Kelas Bina Insan

Sempena 16/10/2009,Jamuan Kelas PKK dan Kelas Bina Insan telah dianjurkan oleh Cikgu Salmah Kalong di rumah Mak Cik Kuning.
Tujuan jamuan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan penduduk kampung.

Penduduk kampung dan 3 pelajar dari UMS-KAL telah menghadiri jamuan tersebut



Pelbagai makanan telah disediakan

Selepas makan,sampailah acara Karaoke

Teknikal pada hari itu

Ratu-ratu menyanyi Kampung Sungai Bangat


Penunjukan blog kepada penduduk

Selepas jamuan,penduduk kampung bekerjasama membersihkan tapak jamuan


Tuesday, October 13, 2009

~ Projek E-Community Service Dari UMSKAL ~

Projek E-Community Service ini bertujuan membantu menggalakan perkembangan IT di kalangan penduduk kampung Labuan.

Kepentingan kegunaan IT diutamakan dalam projek ini, pelajar-pelajar dari UMSKAL dihantar ke kampung untuk memperkenalkan kepentingan dan kegunaan IT serta mengajar penduduk-penduduk kampung membinakan laman blog kampung sendiri.

 Melalui blog ini, penduduk kampung disarankan untuk melibatkan diri dalam blog bagi kampung yang didiami. Secara tidak langsungnya, projek ini telah menjadi saluran penyebaran maklumat dan mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk kampung.

Tujuan e-community service adalah seperti berikut :

  • mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu, bermuafakat dan harmoni di kampung
  • sebagai saluran informasi bagi menyampaikan maklumat dan pengetahuan penduduk kampung
  • mewujudkan masyarakat yang positif dan proaktif terhadap suasana kemasyarakatan di kampung
  • mewujudkan pendekatan untuk meningkatkan keupayaan persaingan dari segi pengetahuan dalam penggunaan komputer di kalangan kampung

 

~ Majlis Rumah Terbuka YB 2009 ~


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aildilfitri 2009 YB KOL.(K) Datuk HJ Yussof HJ Mahal pada 3hb Oktober 2009.

Suasana pada hari tersebut amat meriah dan gembira. Tidak kira orang dewasa ataupun kanak-kanak, bangsa melayu atau bangsa cina dan india, semua turut menikmati keenakan makanan pada hari itu.

Selain daripada makanan yang lazat, terdapat juga persembahan-persembahan yang menarik bagi meriuhkan lagi suasana pada hari tersebut.

Sebaik sahaja majlis dimulakan, penduduk-penduduk Labuan masing-masing mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada datuk dan datin.